Pelajar Malaysia berhijab takut jalan seorang diri di AS

Posted on the June 1st, 2020 under Luar Negara by admin

Lebih membimbangkan, rusuhan dan keganasan di negara itu mungkin akan menyebabkan rakyat negara lain yang berada di negara tersebut terutama yang beragama Islam terancam.

Antara kawasan yang terjejas oleh perusuh ialah State Street di Madison, Wisconsin yang mana terdapat kira-kira 50 pelajar Malaysia tinggal di bandar raya itu.

Alumni Kelab Bunga Raya (KBR) AS, Yassier Mohammed, 23, berkata, tidak dinafikan selain wabak Covid-19, wujud kebimbangan tentang ‘virus perkauman’ ekoran perkembangan terbaharu di situ.

“Pada saya dan rakan-rakan rapat, ada rasa takut perkara ini akan menguatkan lagi konflik perkauman di AS atau di Wisconsin sendiri.

“Rakan-rakan perempuan yang berhijab mula takut untuk jalan seorang diri. Hari ini saya sendiri temankan rakan-rakan perempuan keluar membeli barang dan balik rumah menggunakan kereta kerana bimbang perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Yassier yang merupakan pelajar University of Wisconsin-Madison, AS berkata, mereka kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan mengelakkan daripada berada kawasan rusuhan yang berlaku iaitu di State Street.

Katanya, pada awalnya hanya berlangsung protes secara aman di situ pada tengah hari Sabtu lalu namun terdapat sekumpulan kecil individu yang bertindak melakukan keganasan menyebabkan tercetusnya ketegangan.

sumber

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>