Author Archive

Guna kekerasan terhadap polis, Farid Kamil dihukum penjara 13 bulan

Posted on the June 4th, 2020 under Artis by

PELAKON, Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

sumber

Farid, 39, yang berbaju kemeja putih dilihat tenang mendengar keputusan yang dibacakan oleh Majistret Noor Arifin Hisham ketika dalam kamar tertuduh.

Majistret Noor Arifin berkata, selepas meneliti dan menimbangkan keterangan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

Shahruddin kekal bersama PN

Posted on the June 4th, 2020 under Politik by

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, memaklumkan beliau masih bersama Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, hari ini.

Dalam satu surat ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau memaklumkan akan kekal duduk di kerusi penyokong kerajaan PN di Dewan Rakyat.

“Saya masih kekal duduk di kerusi ‘backbenchers’ PN,” menurut kandungan surat itu bertarikh hari ini.

Dalam surat sama, beliau turut merakamkan terima kasih kepada Muhyiddin yang memberi peluang kepadanya untuk berada dalam Jemaah Menteri.

Sementara itu, Shahruddin yang dihubungi BH mengesahkan kandungan surat itu serta memaklumkan ia hanya untuk makluman kepada Muhyiddin.

“Benar (surat itu). Untuk PM (Perdana Menteri) saja,” katanya, sebentar tadi.

Anak Rogol Ibu Kandung Hingga Patah Pinggang Ketika Mabuk & Khayal Dadah

Posted on the June 1st, 2020 under Luar Negara by

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas kesalahan merogol ibu kandungnya sehingga menyebabkan pinggang mangsa patah dalam satu kejadian yang berlaku di Barat Australia. 

Mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu, merogol mangsa sebanyak tiga kali yang ketika itu di bawah pengaruh dadah ‘crystal meth’ yang juga dikenali sebagai Methamphetamine. 

Hakim menyifatkan jenayah itu jenayah yang terkutuk dan paling teruk sepanjang kerjayanya di bidang perundangan. 

“Orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah yang serius termasuk tindakan jahat, seperti (kes) yang saya kendalikan ini. 

Pesawat MASwings Berpatah Balik

Posted on the June 1st, 2020 under Negara by

MIRI: Seramai 29 penumpang pesawat MASwings dalam penerbangan dari Miri ke Labuan menempuh detik cemas apabila pesawat berkenaan berpatah balik ke Miri, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu berlaku selepas ada yang mendakwa asap keluar dari kabin pesawat ATR 72-500 itu.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada jam 4.32 petang.

Berikutan itu, katanya tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikejarkan ke Lapangan Terbang Miri.

“Bomba menerima panggilan memaklumkan terdapat asap keluar dari kabin pesawat yang ketika itu baru berlepas ke Labuan.

“Pesawat itu yang berlepas pada jam 4.05 petang kemudian berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 4.24 petang,” katanya.

Ling Hii berkata, sebaik mendarat, pihak pengurusan Lapangan Terbang Miri mengesahkan tiada kebakaran berlaku pada pesawat berkenaan.

“Bagaimanapun, penerbangan dibatalkan dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan lanjut oleh Bomba Lapangan Terbang dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).- sumber

Dakwaan Perdana Menteri Malaysia Berada Di Singapura Bagi Menjalani Rawatan Kesihatan Adalah Tidak Benar

Posted on the June 1st, 2020 under Kesihatan,Tempatan by

Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Facebook rasminya:

Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Namun dalam keadaan negara masih berperang melawan wabak COVID-19, saya akan pastikan perbincangan merancang strategi melawan COVID-19 mesti diteruskan.

Maafkan abah tak dapat tolong

Posted on the June 1st, 2020 under Tempatan by

DUNGUN – Bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan dalam kejadian di Felda Kerteh 4, Jumaat lalu meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya.

Mohd Sabri ketika pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 4&5 hari ini. Gambar kecil: Nur Nazihah

Mangsa, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, meninggal dunia awal pagi tadi kira-kira jam 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, adiknya Muhammad Azib, 6, yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital berkenaan.

Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata, beliau tidak bersama anaknya ketika kejadian kerana berada di rumah ibunya di Bandar Paka.

“Masa kejadian tu saya sedang membaiki dapur di rumah ibu saya manakala lima anak termasuk Nur Nazihah dan Muhammad Azib tinggal bersama isteri di rumah di Felda Kerteh 4.

“Saya terkejut bila isteri telefon beritahu dua anak saya disengat tebuan dan ada banyak kesan gigitan pada badan Nur Nazihah.

“Saya pun minta isteri segera hantar anak ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya. Setibanya saya di klinik, keadaan anak nampak agak kritikal walaupun ketika itu masih sedar.

“Anak saya kemudian dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Sabri yang dipanggil ‘abah’ oleh anaknya itu berkata, beliau terkilan kerana tidak dapat menolong anaknya ketika kejadian.

Katanya, apa yang lebih memilukan, beliau masih tidak boleh melupakan rintihan anaknya yang menanggung kesakitan ketika dirawat di hospital.

“Dua hari di hospital dia masih sedar dan merintih sakit tetapi sejak malam tadi keadaan dia agak kritikal, dia nampak semakin lesu dan tidak sedarkan diri.

“Saya tak sanggup lihat keadaan dia. Hati bapa mana tak sedih bila lihat keadaan anak macam tu,” katanya.

Menurut Mohd Sabri, hatinya luluh saat menyaksikan anaknya itu menghembuskan nafas terakhir di depan matanya.

“Hati saya pilu namun saya reda dengan ketentuan ALLAH SWT,” katanya.

Menurut Mohd Sabri, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kerteh 4&5 sekitar jam 11 pagi tadi.

Terdahulu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan tebuan.

Menurutnya, mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam, semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan.

sumber

Pelajar Malaysia berhijab takut jalan seorang diri di AS

Posted on the June 1st, 2020 under Luar Negara by

Lebih membimbangkan, rusuhan dan keganasan di negara itu mungkin akan menyebabkan rakyat negara lain yang berada di negara tersebut terutama yang beragama Islam terancam.

Antara kawasan yang terjejas oleh perusuh ialah State Street di Madison, Wisconsin yang mana terdapat kira-kira 50 pelajar Malaysia tinggal di bandar raya itu.

Alumni Kelab Bunga Raya (KBR) AS, Yassier Mohammed, 23, berkata, tidak dinafikan selain wabak Covid-19, wujud kebimbangan tentang ‘virus perkauman’ ekoran perkembangan terbaharu di situ.

“Pada saya dan rakan-rakan rapat, ada rasa takut perkara ini akan menguatkan lagi konflik perkauman di AS atau di Wisconsin sendiri.

“Rakan-rakan perempuan yang berhijab mula takut untuk jalan seorang diri. Hari ini saya sendiri temankan rakan-rakan perempuan keluar membeli barang dan balik rumah menggunakan kereta kerana bimbang perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Posted on the April 21st, 2020 under Agama by

MAKNA RAMADHAN

Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut  diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan kepada kelebihan dan keistimewaannya. Nama-nama tersebut ialah:

1.      Saiyidus Syuhur (  Penghulu sekalian bulan )

Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.

Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Posted on the April 13th, 2020 under Kesihatan by

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 168kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,276 kes (47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.