Anak Rogol Ibu Kandung Hingga Patah Pinggang Ketika Mabuk & Khayal Dadah

Posted on the June 1st, 2020 under Luar Negara by admin

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun atas kesalahan merogol ibu kandungnya sehingga menyebabkan pinggang mangsa patah dalam satu kejadian yang berlaku di Barat Australia. 

Mahkamah diberitahu bagaimana tertuduh yang tidak didedahkan identitinya itu, merogol mangsa sebanyak tiga kali yang ketika itu di bawah pengaruh dadah ‘crystal meth’ yang juga dikenali sebagai Methamphetamine. 

Hakim menyifatkan jenayah itu jenayah yang terkutuk dan paling teruk sepanjang kerjayanya di bidang perundangan. 

“Orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah yang serius termasuk tindakan jahat, seperti (kes) yang saya kendalikan ini. 

“Sudah tentu bukan (dadah) metilamfetamin yang merogol ibu kamu, ia adalah kamu,” kata hakim. 

Dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tertuduh pulang ke rumah dan merembat ibunya dengan batang paip PVC. 

Mangsa yang berusia 56 tahun terjatuh, kemudian rambutnya ditarik dan diseret oleh tertuduh ke bilik tidur di mana mangsa dirogol sebanyak tiga kali.

sumber

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>